KURMA
1.
Kurma kaya dengan protein, serat, gula,
Vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium.
2.
Kandungan
protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala
kandungangulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.. Gula
di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau
gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan.
3.
Kulit kurma
yang mengandungi serat amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia
melawaskan. Sementara mengandungi potassium yang diperlukan oleh badan untuk
sistem saraf.
4.
Unsur zat besi
dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi
bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu,
maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya
juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan
sumsum tulang.
5.
Kurma mampu membekalkan
tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Antara kajian lain
yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas
diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan
disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
6.
Saidina Ali r.a meriwayatkan “Barangsiapa yang
memakan 7 butir kurma setiap hari, ia akan membunuh semua kuman didalam
badannya”
KISMIS
1.
Kismis adalah buah anggur yang mana ia
dikeringkan terlebih dahulu.. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam
masakan atau pembuatan kek.
2. Kismis
sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan
terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini
menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun
disimpan dengan lama.
3. Sebanyak
60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% lagi darinya adalah
fruktosa dan 50% lagi adalah glukosa
4. Kismis
sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
5.
Kismis adalah satu “manisan”
asli ciptaan Allah SWT. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah
kandungan garam.
6.
Ia membekal
tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi,
potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.
7.
Kismis
merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia
mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan
dengan cepat untuk tenaga segera.
MADU
1.
Madu adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi
sedikit bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim.
2.
Madu Asli mengandung banyak vitamin, seperti vitamin A,semua jenis
vitamin B kompleks, beta caroten, Vitamin C,D,E dan K.
3.
Madu bagus dalam kesihatan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar.
4.
Selain itu, madu dapat menguatkan sistem penghadaman dan memudahkan
pergerakan usus semasa membuang air. Madu juga mujarab dalam melegakan batuk
serta menguatkan pernafasan dan mengurangkan lelah.
5.
Madu juga merupakan sumber gula alternatif yang semula jadi bagus buat
pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu yang berterusan boleh
mengawal kandungan gula dalam darah.
HABBATUS SAUDA
1.
Habbatus sauda atau biji hitam mengandungi pelbagai zat yang diperlukan
oleh tubuh badan manusia. Ia kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa,
polysaccharide, asid lemak tak tepu, asid amino yang membentuk protein karotene
iaitu sumber vitamin A, kalsium dan zat besi.
2.
Habbatus sauda berupaya meningkatkan system imunisasi tubuh iaitu daya
melawan penyakit dan menghalang pembentuan sel-sel kanser. Ia juga dapat
mengawal bakteria seperti E.coli dan V.cholera, oleh itu ia amat baik bagi
mereka yang menghidapi maslaah perut seperti cirit-birit dan lain-lain.
3.
Habbatus sauda boleh mengurangkan radang, arthritis serta eczema iaitu
alahan yang menyebabkan kegatalan dan merah pada kulit.
4.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, kombinasi lemak dan hormone dalam
habbatus sauda dapat menggalakkan pengeluaran susu.
5.
Rasulullah SAW bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam
habbatus sauda terdapat kesembuhan baginya kecuali kematian.”(HR muslim)
SAFFRON
1.
Saffron atau Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal
dikenali sebagai “King Of Spices”dan mempunyai nilai khasiat yang tinggi.
2.
Selain digunakan dalam industry makanan, Saffron turut dijadikan minyak
wangi, sebagai bahan pewarna serta digunakan dalam perubatan bagi menggantikan
bahan kimia.
3.
Antara khasiat saffron ialah dapat mencerdaskan minda, menguatkan
ingatan, memudahkan penghadaman, membuang angina dan asid yang terkumpul dalam
perut, menghindarkan batuk, selsema, migraine dan asma serta dapat menyembuhkan
sakit perut , sakit mata, sakit gigi, dan pelbagai lagi penyakit.
4.
Saffron dapat membantu menambah tenaga, menjadikan kulit cerah dan
bersih, sebagai bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing serta
melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
5.
Menurut Saidina Ali (k.w.):“
Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian
dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada
setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan
sihir”
BUAH TIN
1.
Buah tin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan penyakit
sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga menghilangkan kahak yang
berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan.
2.
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakana,
sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’”inilah buahnya”(tin),
sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda ; Suyuti)
3.
Dikenali sebagai bahan pelancar
(laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretic) .
Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolestrol tetapi ia
mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan
zat besi.
4.
Di dalam buah tin mengandungi ‘Polyphenols’yang tinggi yang bertindak
sebagai antioksidan yang boleh melwan kanser kulit dan prostat.
5.
Dapat mengurangkan serangan angina ahmar dan juga mampu mengawal tekanan
darah tinggi dan kencing manis.
6.
Gabungan zat terkandung dalam buah tin iaitu serat yang tinggi dan
karbohidrat dalam bentuk ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras
gula dalam darah seseorang.
OAT
1.
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu
menghapuskan kolestrol berlebihan.
2.
Menurun dan memperbaiki tahap kolestrol.
3.
Menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrient secara konsisten
4.
Oat dapat merangsangkan pengeluaran air liur.
5.
Membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang
tua seperti sembelit dan buasir.
6.
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi,
zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin
7.
Oat mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat
berkesan membantu mencegah penyakit jantung.
8.
Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur.
9.
Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes, dan berat badan
berlebihan.
10.
Mengurangkan pengerasan arteti di dalam salur darah yang menyumbang
kepada serangan jantung.
No comments:
Post a Comment